Thursday 5 March 2015

Promosi March

Assalamualaikum sedar x sedar dah bulan March kita..

Baru berkesempatan update blog harini...Bulan March ni pn shaklee menawarkan promosi berganda. Jom saya nk kongsi promosi ni dengan uolls.. Time promosi ni la cepat2 grab buat stock hihi




ESP BUY 6 FREE 1 ~ Setiap pembelian set ni akan dapat free ahli.. Kumpul order pakat ngan adik beradik sedara mara kawan2

ESP BUY TWIN PACK ~ Get less 5 %

ZINC BUY 3 FREE 1

VITALEA KIDS BUY 3 FREE 1



Berminat untuk dapatkan harga promosi bulan ni boleh contact saya:


Your Shaklee Independent Distributor;
 Hazirah Hassaim : ID 1097397 
 Tel/SMS/WhatsApp : 014-3845174 
 FB : www.facebook.com/hazirah hassaim

   Cod area JB..Post keseluruh Malaysia 





KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Bismilah...

Di entry ni saya nak share pengalaman saya ada kencing manis semasa hamil (GDM). Semasa mengandungkan anak ke-3 (2014) saya di sahkan ada kencing manis. Dua ank sebelum ni Alhamdulilah xde kencing manis..Klu ikut keturunan mak & ayah saya memang ade kencing manis..huhu

Memang takut la bila dapat tau kan.. kena control makan.. yg paling boring nak g check BSP sebulan skali, kadang2 2 minggu skali..naik boring dah la sehari 4x g klinik ambil darah..Esok nya plk kena pergi lg jumpa doctor tuk review result BSP tu.. memang penat la ulang alik g klinik dgn bawa badan yg dh sarat..Hihi tp Alhamdulilah setiap kali check up bacaan normal..Nak tau ape yg saya ambil tuk kawal kencing manis saya baca entry ni sampai habis yea 



 Sepanjang kehamilan saya mengamalkan Set Hamil Shaklee. Disini saya nak kongsi dalam set hamil ni ade supplemen yg baik untuk pesakit kencing manis semasa hamil yg mane saya sendiri consume.





ESP Soy Protein Isolate Powder sangat sesuai untuk ibu hamil yang mempunyai kencing manis atau diabetes. Ini kerana Index Glisemik nya sangat rendah iaitu hanya 39 dan lebih rendah dari beras perang. Dengan pengambilan ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. ESP dapat memberi rasa kenyang dan juga tenaga berpanjangan.



B-Complex Shaklee adalah vitamin B lengkap bersama FOLIC ACID. Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.



Vita-Lea adalah multivitamin lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil. 
Ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.


Alhamdulilah kencing manis saya terkawal hanya kena jaga pemakanan & konsisten ambil supplemen shaklee. Sekali sekala makan juga manis tapi kadar sedikit je la.. 



Ni bacaan BSP saya setiap bulan.. hihi x pernah kena pen merah..sekali sekali makan juga la kuih manis2




Kencing Manis semasa mengandung sgt bahaya kalau tidak dikawal. Jom kita lihat apa kesannya kepada ibu dan bayi.

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • Berisiko menghidap diabetes untuk sepanjang hidup nya
  • Luka bersalin akan lambat sembuh jika menghidap kencing manis
  • Berisiko bersalin secara pembedahan atau cesarean kerana saiz bayi akan terlebih besar



Kesan Penyakit Kencing Manis kepada Bayi Dalam Kandungan 


  • Risiko bayi meninggal semasa dalam kandungan 
  • Kelahiran bayi secara pre-mature atau pra-matang
  • Apabila bayi menjadi terlalu besar akan mengalami kesukaran semasa bersalin
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan penghidap kencing manis 
  • Masalah kesihatan selepas bersalin seperti hipoglisemia (gula rendah) dan juandice atau demam kuning
  • Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kelahiran diabetes berbanding kelahiran biasa

Mesti mommies biasa dengar mencegah adalah lebih baik dari merawat kan? So adalah lebih baik jika kita memastikan tahap gula dalam darah dikawal dengan baik. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi diri dan bayi kita.



Berminat untuk dapatkan Set Hamil terutama untuk ibu yang ada kencing manis boleh contact saya:


Your Shaklee Independent Distributor;
 Hazirah Hassaim : ID 1097397 
 Tel/SMS/WhatsApp : 014-3845174 
 FB : www.facebook.com/hazirah hassaim

   Cod area JB..Post keseluruh Malaysia 











Monday 15 December 2014

Ostematrix Kalsium Terbaik

Assalamualaikum..

Petang  ni saya nak  citer pasal ostematrix iaitu kalsium terbaik dari shaklee.. Disini saya nak share ape yg saya rase bila consume ostematrix.

Saya ambil Ostematrix semasa saya hamil anak ke3 ni..Satu lagi penyakit klu saya hamil mesti kaki crump (simpul biawak)..Dua2 anak saya dulu masa mengandungkan dorang saya selalu kena crump kaki.Tengah2 malam boleh terjaga bila crump ni datang sampai menangis2 nak boleh hilangkan sakit tu.

Anak ke3 ni saya consume ostematrix sebenarnya untuk kalsium yang mana penting untuk ibu hamil. Saya tak suka minum susu kalau hamil kerana cepat loya. Alhamdulilah kuasa Allah dengan bantuan ostematrix sepanjang kehamilan anak ke3 ni saya tak pernah kena crump kaki lagi. Setiap malam sebelum tido wajib telan 2biji ostematrix.

Selain itu ostematrix juga mengelakkan saya terkena sembelit semasa dalam pantang.. Hari ke4 selepas bersalin saya dah buang air besar dan tak ada sembelit langsung. Alhamdulilah 








MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE 

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. 
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.








Bagaimana Memilih Kalsium Yang Bagus?


✔ Pilih kalsium yang turut mengandungi Vitamin D dan Magnesium
✔ Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
✔ Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap  mineral.  


Siapa yang patut mengambil Ostematrix shaklee

  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu ya)
  • Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang malas mengambil susu
  • Warga tua
  • Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian
  • Pesakit sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput
  • Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome)


Jika anda seorang yang malas nak bancuh susu..Telan je ostematrix selesai masalah..hehehe
Berminat nak cuba ostematrix ni atau mane2 produk shaklee boleh contact saya



Your Shaklee Independent Distributor;
 Hazirah Hassaim : ID 1097397 
 Tel/SMS/WhatsApp : 014-3845174 
 FB : www.facebook.com/hazirah hassaim

   Cod area JB..Post keseluruh Malaysia 






Saturday 13 December 2014

Shaklee membantu dalam Penyusuan

Assalamualaikum Mommies & all viewer..

Di entry ni saya nak share bagaimana shaklee membantu dalam penyusuan. Sejak bersalin anak pertama lagi susu saya memang kurang. Jangan kata saya x usaha untuk banyakkan susu, dh macam2 cara saya cuba dari petua orang tua, ambil makanan yg boleh banyakkan susu..tp susu tetap kurang dan terpaksa campur susu.. mungkin dulu silap saya x belajar ilmu penyusuan yg betol.


Bila bersalinkan anak ke3 ni saya ambil supplemen shaklee untuk persediaan awal. Untuk penyusuan shaklee yang asas saya ambil ESP & Alfalfa.


Baby Shaklee Saya - Nur Izzati Syahirah 

Ni dia penawar nya 
     
Selain itu saya juga ikot tips2 dari pakar dalam penyusuan ni. Disini saya kongsi tips yg saya amalkan (saya dapat dari blog PM Cery)..Supplement Shaklee bukan nya ubat ajaib yang jika dimakan terus susu ibu melimpah ruah banyak. Ibu juga mesti berusaha untuk pump kerana ransangan adalah kunci utama penghasilan susu ibu.


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini. 
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi Fikir Susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.


6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. 


7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... 

 
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.




Berminat nak cuba set penyusuan ni boleh contact saya.. saya juga pengedar sah shaklee. Insya allah saya akan guide cara makan yang betul dan free consultation untuk anda.



Your Shaklee Independent Distributor;
 Hazirah Hassaim (ID 1097397) 
 Tel/SMS/WhatsApp : 014-3845174 
 FB www.facebook.com/hazirah hassaim

   Cod area JB..Post keseluruh Malaysia 













Tuesday 9 December 2014

Cerita ku tentang Alfalfa

Bismillah..

Di entry ni saya nak share apa yang saya sendiri rase bila consume Alfalfa shaklee.
Semasa bersalinkan anak ke2 saya 3 tahun lalu (5/4/2011) melalui pembedahan kerana kedudukan baby melintang. Huhu bila ingat2 balik memang pengalaman yang perit untuk dikenang.
Dalam duk perit2 bersalin tu 3thn selepas tu saya bersalin lg anak ke 3 ni (naluri nak jadi ibu x boleh disangkal kan) hihi


Semasa mengandungkan anak ke3 ni lagi saya rase lain sgt sakit pinggang...saya fikir mungkin mengandung punca sakit pinggang tu. Anak ke3 ni pn banyak jg pengalaman pahit manis sepanjang kehamilan. Saya disahkan ada kencing manis semasa hamil dan baby juga melintang dan terpaksa melalui pembedahan tapi kuasa Allah Alhmdulilah saya dapat bersalin normal sedang kan masa tu dah masuk wad untuk di bedah tapi kepala baby dah kebawah dan saya dibenarkan bersalin normal tetapi terpaksa di induce sebab x boleh overdue saya ade kencing manis. xpe saya simpan pengalaman tu sekali lagi hihi


Ok dah dah.. ni saya nk masuk topic entry ni. Alfalfa Shaklee saya ambil sebenarnya sebagai supplement untuk penyusuan. Bagaimana alfalfa membantu saya dalam penyusuan, saya akan share lg di entry akan datang. Dari anak pertama & ke2 saya x dapat menyusukan anak sepenuhnya kerana susu kurang. Dah macam2 cara saya cuba last terpaksa juga campur susu untuk 2 anak saya tu. Memang sedih tapi Alhmdulilah anak2 membesar x ade masalah.


Selepas bersalin anak ke3 ni sakit pinggang saya rase makin teruk. Mungkin kesan bius saya ambil masa saya bersalin melalui pembedahan dulu dan apabila mengandung lagi anak ke3 ni kesan itu makin di rasai. Dalam 2 bln ni saya perasan sakit pinggang saya dah makin kurang. Baru saya sedar selepas consume Alfalfa dengan izin Allah sakit tu makin berkurangan. Yang lg best nye pasal alfalfa ni untuk kesihatan dalaman wanita sebab itu Alfalfa ni juga di kenali sebagai Jamu Moden..Woww benda yang saya x sangka faedah lain saya dapat. Terbaikkk Alfalfa ni kan!!! Jom saya kongsi serba sedikit tentang Alfalfa. 


Apa itu Alfalfa??

Diberi jolokan Raja Segala Tumbuhan kerana khasiatnya yang sangat banyak  untuk tubuh badan. Alfalfa Complex adalah signature formula created by Dr. Shaklee. Ia mengandungi sumber asli dari pohon Alfalfa yang tinggi kandungan klorofil dan nutrisinya untuk menyokong kseluruhan kesihatan. Alfalfa Complex yang matang sahaja akan dipilih untuk diproses. 

Alfalfa Complex yang matang adalah akarnya tumbuh 20 kaki kedalam tanah untuk menyerap semua nutrisi yang diperlukan selepas itu baru diproses menjadi pil. Kita jangan keliru dengan Alfalfa Sprout yang berada di pasaran seperti dijual di kedai organic.






















Tengok banyakkan khasiat Alfalfa ni..Klu x cuba kita x tau.. Insya allah semua produk shaklee dijamin 100% semulajadi.  








Berminat nak cuba Alfalfa ni @ produk shaklee lain boleh contact sya..Insya Allah saya akan guide cara makan anda dengan betol untuk hasil terbaikkk





Your Shaklee Independent Distributor;
 Hazirah Hassaim (ID 1097397) 
 Tel/SMS/WhatsApp : 014-3845174 
 FB www.facebook.com/hazirah hassaim

   Cod area JB..Post keseluruh Malaysia 





Sunday 7 December 2014

Set Vitamin Cinta Shaklee

Assalamualaikum...

Entry sebelum ni saya janji kan nak share pasal vitamin CINTA shaklee.
Haa ni dia set vitamin cinta Vitamin E & Alfafa. Nak add on zinc complex untuk suami pun boleh.






Vitamin E memainkan peranan yang penting untuk kesihatan seksual lelaki dan perempuan, kerana ia boleh menghasilkan hormon seks. Sudah jadi lumrah Allah S.W.T jadikan manusia berpasangan, supaya bersama-sama mengecapi kenikmatan kebahagian dan keharmonian dalam hidup berpasangan


Hangatkan kembali kemesraan anda bersama pasangan dengan Set Vitamin Cinta Shaklee. Pasti kehangatan rasa cinta yang disemai sewaktu awal perkahwinan dapat dikecapi semula. 


Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual lelaki:

  • ·        Lebih tenaga (seksual)
  • ·        Ereksi yang lebih lama
  • ·        Lebih mudah terangsang
  • ·        Libido yang lebih kuat
  • ·        Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat


Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual wanita:

  • ·        Lebih tenaga (seksual)
  • ·        Lebih mudah terangsang
  • ·        Libido yang lebih kuat
  • ·        Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.





  Bagaimana setiap vitamin ini berfungsi?

 Vitamin E - Vitamin E terlibat secara langsung dalam pembentukan hormon yang melibatkan seks dan kesuburan iaitu androgen, estrogen dan progesterone.Ia memperbaiki kuantiti, kualiti dan memperkuat sperma lelaki supaya dapat bertemu dengan ovum. Vitamin E membantu pasangan yang mempunyai masalah dingin terhadap hubungan intim kerana vitamin E boleh meningkatkan 'sexual desire' dan menikmati hubungan cinta dengan lebih baik.Vitamin E juga meningkatkan LIBIDO dan meningkatkan pengaliran darah ke organ seks lelaki dan perempuan. Vitamin E juga membantu meningkatkan tahap testosteron dalam badan anda. Tanpa testosteron yang cukup dalam badan anda, stamina seksual anda dan keinginan seksual boleh berkurangan.


Alfalfa - Alfalfa pula bertindak lebih hebat dari kacip fatimah. ianya memberi kuasa grip yang boleh membantu pasangan suami isteri menikmati hubungan cinta dengan lebih mengasyikkan. Alfalfa membantu isteri yang mengalami masalah kering ketika bersama, merawat masalah keputihan dan miss V berbau yang pastinya boleh mengganggu keselesaan ketika bersama.





 Ingin bantuan untuk mendapatkan Set Vitamin Cinta Shaklee Untuk Hangatkan Hubungan Intim Suami Isteri, hubungi saya 


Your Shaklee Independent Distributor;
 Hazirah Hassaim (ID 1097397) 
Tel/SMS/WhatsApp : 014-3845174 
FB www.facebook.com/hazirah hassaim













Friday 5 December 2014

Vitamin C & Vitamin E

Assalamualaikum..

December shaklee promo vitamin C & vitamin E.. vitamin yg sinonim dengan penjagaan kulit. Jom saya bawa anda selami satu persatu fakta penting setiap vitamin ni dan lagi super kalau di gandingkan bersama.



Sustained Release Vitamin C (500mg)



Kenapa vita c ni dinamakan Sustained Release??

Maksud nya setiap tablet vitamin C yang diambil mengandungi 500mg vit c tapi tapi.. jangan x tau setiap tablet ni akan melepaskan 100mg setiap jam so tubuh badan kita ni akan sentiasa ada vitamin c pada kadar yang mencukupi.  Vitamin C ni sebagai membantu penyerapan yg lbh baik utk supplement lain yang terpilih. Jadi kita x perlu la risau badan cukup ke x vit c!!!


Apakah kelebihan Vitamin C ini??

  • 100% semulajadi
  • Tanpa bahan pengawet
  • Tanpa pewarna
  • Tanpa bahan tiruan
  • Halal
  • Dapat kelulusan KKM
  • Tanpa GMO 
 Antara simptom kekurangan Vitamin C :
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)

     Siapa perlukan vit c?

  • Perokok
  • Org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan
  • Org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan
  • Org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit
  • Semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan

sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.


Vitamin E Complex




Kenapa Vitamin E???
Ini kerana Vitamin E Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah Vitamin E Shaklee yang paling lengkap dipasaran.

Kenapa memilih sumber asli??
Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Vitamin E dan Ekstrak Biji Anggur
Dan yang istimewa tentang Vita-E Complex ini ialah ia diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.

 Kebaikan kesihatan grape seed extract
  • Menyingkirkan radikal bebas
  •  Mengurangkan radang (inflammatory)
  •  Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  •  Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  •  Melambatkan proses penuaan
  •  Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  •  Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  •  Membantu fungsi sistem saraf otak
  •  Meningkatkan daya pertahanan 


Apa Fungsi dan Manfaat Vitamin E??

VITAMIN E bertindak sebagai:

  •         Awet muda
  •         Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  •         Mengurangkan parut
  •         Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  •         Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  •         Merawat masalah keintiman
  •         Merawat masalah seksual lelaki
  •         Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi



Antara testimoni dari pengguna Vitamin C & Vitamin E









Banyak kelebihan Vitamin E ni kan, bukan sekadar untuk kecantikan sahaja tapi banyak kelebihan lagi Vitamin E. Yang paling penting pengambil Vitamin E secara berterusan membuatkan pengamal lebih muda dari umurnya..


Nak buat masker pun boleh Vitamin E ni.. 

Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara nipis. 

atau 

Pagi 

Sapu muka dengan plain yogurt yang dipicitkan dengan Vita E dan biarkan selama 5-10minit. Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dengan sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit 

Vitamin E ni juga dikenali sebagai vitamin CINTA..ooppss cam menarik je kan??Tunggu entry saya yang akan datang..suami isteri mesti teruja tu kan!!!!

OK BYE!! 

Nak dapatkan produk shaklee boleh contact sya 

SID irah cod area JB..Pos keseluruh Malaysia
Whatsapp @ 014-3845174