Thursday 4 December 2014

Karipap Putar

Assalamualaikum...

Ptg2 ni best kan dpt makan pisang goreng ke, kuih muih ke kan.
Ptg ni minum petang kita karipap putar bersama minuman kegemaran horlick+ESP.

Harini Irah nak share resepi karipap putar berputar hihi.. Biasa la resepi irah klu org tau x ade sukatan main campak2 je bahan. Oleh kerana nak share dengan pengemar karipap putar ni, irah bg sukatan kira formal la sikit kan

Bahan Doh A
3 cwn tepung gandum
3 sudu besar minyak masak
1 biji telur
Segelas air dicampur dgn sedikit garam


Bahan Doh B
4 sudu besar majerin (dicairkan)
1 cawan tepung
1/2 sudu besar tepung beras



Cara membuatnya

Satukan semua bahan A kecuali air, gaul sebati & masukkan air. Uli hingga sebati dan bahagikan kepada 4@5 bahagian dan bulatkan.

Untuk doh B cairkan mentega, angkat dan masukkan tepung gandum dan tepung beras. uli hingga sebati dengan sudu (Awas Panas yea, klu tgn kebal boleh je uli terus) hihi bahagikan doh sama banyak dengan doh A

P/S: Doh A mesti lebih besar dari doh B. Masukkan doh B kedalam doh A.

Step mengelek hihi tengok gambar dibawah ni. Pinjam dari en google je gambar ni. x sempat nak ambik gambar step by step. terkejar2 ngan anak ;))


\


Bahan-bahan untuk inti

6-7 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu
4 sudu rempah kari (irah guna rempah kari ayam& daging adabi)- bancuh dgn sedikit air
1 labu bawang besar di potong dadu
1 biji bawang putih dihiris
garam dan gula secukup rasa
Telor 2 biji (di goreng hancur)-boleh jg guna ayam atau daging cincang


Cara2 nya
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. kemudian masukkan rempah kari dan kacau hingga sebati. Masukkan ubi kentang dan kacau rata dan masukkan sedikit air anggaran untuk ubi kentang tu empuk. Bila dh empuk masukkan garam gula. Masukkan sedikit tepung untuk memekatkan inti. Last sekali masukkan telor yang dah di goreng hancur



Buat banyak2 masuk peti ais, senang nk makan tinggal goreng je..Anak bujang sorang ni suka sgt makan.






Selamat mencuba!!!!








No comments:

Post a Comment