Di entry ni saya nak share bagaimana shaklee membantu dalam penyusuan. Sejak bersalin anak pertama lagi susu saya memang kurang. Jangan kata saya x usaha untuk banyakkan susu, dh macam2 cara saya cuba dari petua orang tua, ambil makanan yg boleh banyakkan susu..tp susu tetap kurang dan terpaksa campur susu.. mungkin dulu silap saya x belajar ilmu penyusuan yg betol.
Bila bersalinkan anak ke3 ni saya ambil supplemen shaklee untuk persediaan awal. Untuk penyusuan shaklee yang asas saya ambil ESP & Alfalfa.
Baby Shaklee Saya - Nur Izzati Syahirah |
Ni dia penawar nya |
Selain itu saya juga ikot tips2 dari pakar dalam penyusuan ni. Disini saya kongsi tips yg saya amalkan (saya dapat dari blog PM Cery)..Supplement Shaklee bukan nya ubat ajaib yang jika dimakan terus susu ibu melimpah ruah banyak. Ibu juga mesti berusaha untuk pump kerana ransangan adalah kunci utama penghasilan susu ibu.
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
- Susukan bayi
sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih
daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula,
kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada
4-5 jam.
- Perah setiap 3 jam. Jika bayi
mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung
semula sesi pemerhan susu.
- Percaya kepada konsep bekalan
dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu
dihasilkan.
- Kerapkan sesi pemerahan
sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin
banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
- Ada sesetengah wanita suka
menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu
salah!
- Yakinlah bahawa payudara
sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja
keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
- Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air
sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1
liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu
- Ketika menyusu, belailah
bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari
merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan
sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara
anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak
susu.
- Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan
pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan
wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan
hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik
Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda
sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna
tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah
payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada
beza tuh...
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
- Jangan hadkan masa setiap
kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam.
Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya
menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk
mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat
menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana
hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi
untuk tumbesarannya.
- Seeloknya jika anda mengepam,
amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara
benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi
merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan
hanya titisan susu yang keluar.
- Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu
malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu
malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam
turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih
banyak susu.
10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul
akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami
bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan
tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik
mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
Berminat nak cuba set penyusuan ni boleh contact saya.. saya juga pengedar sah shaklee. Insya allah saya akan guide cara makan yang betul dan free consultation untuk anda.
Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Hazirah Hassaim (ID 1097397)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 014-3845174
♥ FB www.facebook.com/hazirah hassaim
♥ Hazirah Hassaim (ID 1097397)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 014-3845174
♥ FB www.facebook.com/hazirah hassaim
No comments:
Post a Comment